Tewas Dengan Satu Das Tembakan

Sharing is caring!

SEEKOR buaya mati ditembak ketika membaham ayam di bawah sebuah rumah di Kampung Dato Kuala Lawas, Lawas, malam kelmarin.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, buaya sepanjang hampir lima meter ditembak menggunakan senapang patah oleh penghuni rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintenden Abang Zainal Abidin berkata, penghuni rumah, iaitu lelaki berusia lingkungan 70-an itu bertindak menembak buaya berkenaan sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, kejadian disedari apabila lelaki itu terdengar bunyi bising di bawah rumahnya sebelum mendapati seekor buaya sedang membaham ternakan ayamnya.

“Lelaki terbabit kemudiannya melepaskan satu das tembakan di kepala buaya berkenaan mengakibatkan reptilia itu mati serta merta,” katanya.

Difahamkan, reptilia itu sering membaham haiwan ternakan penduduk kampung sebelum ini berikutan kawasan perumahan itu yang berhampiran sungai.

Keadaan itu turut membimbangkan penduduk kampung terutama kaki pancing di kawasan kampung itu.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *