Siasat gelaran Datuk dipakai Boy Iman

Sharing is caring!

GELARAN Datuk yang dipakai Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman sedang disiasat Kerajaan Negeri Pahang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini sedang membuat semakan sama ada penama itu menerima atau tidak pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Istana Pahang.

“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.

“Jika benar gelaran itu diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.

Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang, hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis itu.

Boy Iman sebelum ini mendakwa menerima pingat dari Istana Pahang dan gambarnya memakai pingat kebesaran itu tular di laman sosial.

Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak, Kuala Lumpur, dua hari lalu bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *