Selalu Taja Tapi Asyik Terkena!

Sharing is caring!

BUKAN dulu dah terkena? Kan dulu mikrofon kena rampas? Kan dulu tengah bercakap hos karcis dan potong perbualan?

Tahun ini komplen lagi. Macam orang yang tidak belajar daripada pengalaman. Kata sudah lama meniaga, sudah banyak makan asam garam. Balik-balik terkena juga.

Bak kata: Hanya orang cuai dipatuk ular dua kali di lubang yang sama.

Itulah kisah diva kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman (Vida) yang kini penaja utama Gegar Vaganza musim keempat.

Semalam Vida mengomel lagi, apabila tidak diberi ruang berucap pada majlis sidang media program popular itu.

Bukan satu, tetapi empat status dimuat naik di laman Instagramnya. Bertalu-talu Vida melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Katanya, berjuta-juta ringgit dilaburkan, tetapi tidak diendahkan ketika sidang media. Vida merungut, dirinya hadir tapi tidak dijemput berucap pada sesi mengumumkan senarai artis musim baharu program realiti itu.

Malah, Vida tegas mengingatkan, luahan itu bukan gimik. Katanya, dia selaku penaja, sepatutnya diberikan ruang berucap.

“Penganjur tak panggil saya bercakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri,” katanya.

Masalahnya, bukan sekali. Hampir dalam setiap program selaku penaja, Vida akan membebel dirinya dilayan tidak semena-mena.

Persoalannya: Takkanlah taja berjuta-juta, tak bincang dulu, apa pulangan pelaburan (ROI) yang diperolehi?

Itu asas dalam rundingan penajaan. Setelah mendapat penjelasan ROI, barulah termeterai persetujuan. Jadi, tidaklah berbalah dan bertekak mengenai apa manfaat dan perjanjian penampilan yang diperolehi.

Vida macam jadi alat. Malah, protesnya kali ini dengan empat video IGnya hanya menambahkan publisiti pada program tersebut. Vida tetap macam itu juga; terpaksa membebel dan membebel sahaja.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *