‘Saya bukan dukung suami orang ye’

Sharing is caring!

SEORANG gadis berusia 21 tahun tampil ‘buka mulut’ selepas dirinya dikecam menagih perhatian netizen apabila gambarnya sedang mendukung seekor biawak tular di media sosial.

Dewi Zulaika dari Kuala Kangsar, Perak berkata dia enggan ambil pusing kritikan orang ramai kerana ada sebab mengapa dia memilih untuk memelihara haiwan eksotik itu.

“Saya jumpa Kenit (biawak peliharaannya) dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya julai lalu.

“Sebab kasihan, saya terus bawa dia balik rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan selepas sembuh saya melepaskannya, walaupun rasa berat hati,” katanya memetik mStar Online.

Menurut pencinta haiwan itu, dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun tahu dirinya akan dikecam.

“Kenapa nak cakap ‘dia’ kotor? Mulut orang yang cakap tu bersih ke? Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah.

“Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit,” katanya.

Difahamkan, reptilia itu telah dilepaskan semula pada Oktober lalu kerana mahu melihatnya gembira di habitat asal.

Dewi juga dikatakan langsung tidak takut berdampingan dengan spesies haiwan berbahaya yang lain, malah mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan berbisa yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Sehingga kini, posting gambar wanita itu yang memaparkan aksinya mendukung seekor biawak menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di media sosial.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *