Rossi cemerlang dalam kecederaan

Sharing is caring!

Valentino Rossi mencuri tumpuan pada Grand Prix Motosikal Aragon hari ini apabila menyambar petak ketiga dalam aksi kelayakan MotoGP biarpun baru kembali daripada menjalani pembedahan akibat patah kaki, 21 hari lalu.

Juara dunia sembilan kali dari pasukan Yamaha itu membuat kepulangan mengejut, malah bertongkat ketika hadir di Litar Motoland.

Begitupun, keadaan itu tidak menjejaskannya untuk menamatkan perlumbaan dengan masa ketiga terpantas di belakang rakan sepasukan, Maverick Vinales yang meraih petak pertama, manakala Jorge Lorenzo dari Ducati menyambar petak kedua.

Juara dunia, Marc Marquez dari pasukan Honda pada awalnya kelihatan berada pada kedudukan baik untuk menyambar petak pertama, malangnya dia mengalami kemalangan hanya dua minit sebelum tamat sesi kelayakan.

Pelumba Sepanyol itu terpaksa berpuas hati di tempat kelima di belakang penunggang Honda, Cal Crutchlow (keempat).

“Ia sangat mengejutkan buat saya. Seminggu lalu, saya mula terfikir untuk berlumba tetapi saya tidak tahu apa yang hendak dijangkakan.

“Kaki saya sangat sakit ketika di Misano (litar di Itali di mana dia menguji kecergasannya, Selasa lalu) tetapi bernasib baik kaki saya semakin baik dari hari ke hari. Saya boleh menunggang walaupun masih terasa sedikit sakit.

“Amat penting buat saya untuk memulakan perlumbaan esok dari kedudukan yang bagus,” kata Rossi, yang terkenal dengan jolokan ‘the doctor’. – REUTERS

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *