Rahman Dahlan terima darjah kebesaran tertinggi Sabah

Sharing is caring!

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang dianugerahkan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 7 Oktober lalu, menerima darjah kebesaran itu, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Belud berkenaan menerima darjah kebesaran tertinggi yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima bersama 294 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri.

Sebelum ini, enam penerima SPDK sudah menerima darjah kebesaran masing-masing pada istiadat 7 Oktober lalu.

Istiadat hari ini turut menyaksikan Pengarah Jabatan Air Sabah, Datuk Wilis @ Mojiron Ansoi menerima darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Secara keseluruhan, seramai 1,023 penerima menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *