PM, TMJ Bincang Kemajuan Negeri Johor

Sharing is caring!

JOHOR BAHRU -Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Laman Facebook rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melaporkan pertemuan itu berlangsung di Hotel Puteri Pan Pacific di sini.

“Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara demi kemajuan negeri Johor,” lapor laman Facebook Johor Southern Tigers (JST)

Menurut laman Facebook itu, pertemuan antara Najib dan Tunku Ismail itu juga bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan Istana Johor dengan Kerajaan Persekutuan.

JST turut menyiarkan gambar pertemuan antara Perdana Menteri dan TMJ yang berlangsung dalam keadaan muhibah.

Tunku Ismail juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pemilik kelab bola sepak JDT.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *