Pengasuh ditahan disyaki dera bayi 8 bulan

Sharing is caring!

KAJANG: Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia lapan bulan di Taman Bukit Mutiara, Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pembantu perubatan Hospital Kajang apabila menerima pesakit, bayi perempuan yang disyaki mangsa dera, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati bayi perempuan itu dihantar ibunya, anggota polis wanita ke rumah pengasuh pada pagi Ahad lalu.

“Laporan dibuat selepas pengadu menemui kesan disyaki akibat penderaan selepas menerima dan memeriksa bayi terbabit.

“Bayi perempuan itu dihantar ke rumah pengasuh pagi kelmarin oleh ibunya yang juga seorang anggota polis.

“Selepas menghantar anaknya, wanita berkenaan terus ke tempat kerja untuk mendapatkan cuti kecemasan sebelum kembali ke rumah suspek untuk membawa anaknya ke klinik.

“Ketika berada di luar rumah suspek, dia terdengar tangisan kuat anaknya dan apabila menghubungi suspek, wanita itu mendakwa bayinya tidur dan berkeadaan baik.

“Ibu bayi itu kemudian masuk ke rumah pengasuh berkenaan dan mengambil anaknya lalu dibawa ke kereta.

“Ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah pengasuh dan terus ke tempat kerja untuk mendapatkan cuti kecemasan. Beberapa jam kemudian, ibu mangsa pergi semula ke rumah suspek untuk membawa bayi itu ke klinik.

“Selepas diperiksa, wanita itu mendapati ada kesan merah seperti ditampar di pipi bayinya. Beliau cuba menghubungi suspek untuk bertanyakan perkara itu tetapi telefon bimbit suspek dimatikan” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Ketika berada di luar rumah pengasuh, ibu mangsa terdengar bayinya menangis dengan kuat dan apabila menghubungi pengasuh, wanita terbabit mendakwa bayi itu sedang tidur dan dalam keadaan baik. Ibu mangsa masuk ke rumah wanita itu dan mengambil anaknya.

“Dia mendapati ada kesan merah di pipi kiri bayi seperti ditampar dan apabila cuba menghubungi pengasuh itu, telefon bimbit sudah dimatikan,” katanya.

Dzaffir berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 8 malam semalam dan direman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *