Peluru Berpandu Dipintas Dekat Lapangan Terbang Riyadh

Sharing is caring!

ARAB Saudi berkata, ia telah menembak jatuh peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh pemberontak Yaman dengan menyasarkan ibu negara di Riyadh.

Satu letupan kuat dilaporkan kedengaran dekat lapangan terbang di Riyadh susulan peluru berpandu itu diletuskan oleh negara jiran, Yaman merentasi sempadan sejauh 483 kilometer.

Menerusi beberapa rakaman di media sosial menunjukkan asap hitam tebal kelihatan di ruang udara dekat Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh.

Arab Saudi berkata, pasukan keselamatannya memintas sebutir peluru berpandu di timur laut Riyadh.

Bagaimanapun ia memberitahu bahawa tindakan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Pemberontak Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab terhadap letupan pada malam Sabtu.

Bercakap kepada Al Jazeera, mereka telah melancarkan sebutir peluru berpandu terhadap Riyadh.

Seorang jurucakap pemberontak itu berkata: “Mana-mana negara yang terus melancarkan peluru berpandu kepada kita dengan menyasarkan orang awam yang tidak berdosa, tidak akan terlepas dengan peluru berpandu kami.”

Kira-kira 10,000 orang terbunuh dalam peperangan antara pasukan yang berpihak kepada presiden Yaman, termasuk Arab Saudi, dan pemberontak Houthi dan sekutunya. – Mirror

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *