PAS Rampas Wisma Tok Guru Secara Haram Disisi Islam?

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS sanggup mengenepikan hukum syariah demi merampas Tapak Wisma Tok Guru daripada PAN secara haram disisi Islam.

Naib Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim Mohamed mendakwa ada empat perkara yang membuktikan ‘rampasan’ menyalahi hukum Islam.

Empat perkara itu adalah seperti berikut:

1. Status hak milik tanah itu masih dalam pertikaian antara pewaris Allahyarham Ahmad Rosli dan balu arwah sama ada tanah itu adalah pusaka si mati atau hak milik yang sah isteri arwah sehinggalah ia diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Proses perbicaraan akan bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan. Kaedah fiqh menyebut: (Sesiapa yang mendahulukan sesuatu urusan sebelum waktunya, maka ianya dihukum terhalang/terbatal urusan tersebut).

2. Pihak yang berkepentingan dalam tanah itu telah tidak dirunding sebelum jual beli dibuat. Tindakan ini adalah bercanggah dengan syarat syarat jual beli dalam Islam dan telah mengenepikan “hak syufa’at” dalam Islam.

3. Pembelian itu juga termasuk dalam bab (membeli barangan yang telah dibeli oleh saudaranya) yang diharamkan dalam Islam sebagaimana hukum (meminang perempuan yang sudah bertunang) kerana tanah tersebut dalam proses pembelian oleh PAN dengan tuannya, namun ditangguhkan akibat pemiliknya meninggal dunia dan menunggu sehingga balu habis edah untuk meneruskan perundingan.

4. Pembelian itu juga menjadi haram kerana boleh menimbulkan mudharat kepada tuan punya bangunan dan boleh menimbulkan keresahan masyarakat, sedangkan qaedah fiqh menetapkan (perkara perkara mudharat hendaklah dielakkan).

Terdahulu, Che Ibrahim mendakwa Wisma Tok Guru asalnya adalah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Salor, Ahmad Rosli daripada Parti Semangat 46 (S46) iaitu dari tahun 1990 hingga 1996.

Dakwa beliau, setelah parti S46 dibubarkan pada tahun 1996 dan Ahmad Rosli telah menyertai UMNO dan menjadi Adun BN Salor (1996 – 1999).

Dakwa beliau lagi, selepas Datuk Husam Musa dipilih menjadi Adun PAS Salor pada tahun 2004, Allahyarham telah menyerahkan tanah dan bangunan itu kepada Husam dan membenarkan Husam membina bangunan tambahan di atasnya sebagai Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Salor sehinggalah Husam dipecat oleh PAS pada tahun 2016.

“Selepas dipecat daripada PAS, Husam dengan persetujuan pemilik asal tanah, Ahmad Rusli terus diberi kebenaran menduduki bangunan tersebut dan menamakannya sebagai Wisma Tok Guru.

“Pada 14 Oktober 2017, Exco Agama Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan dalam satu ceramah PAS telah berjaya ambil alih semula tanah terserah kerana tuan tanah, isteri Allahyarham telah serah semula tanah tersebut kepada PAS dan telah menghantar Notis kepada PAB supaya keluar dari bangunan tersebut dalam tempoh 30 hari.

“Mengikut semakan, tanah ini telah dijual dan dipindah milik kepada Mohd. Yasin Yusof dalam satu proses jual beli yang dianggap konspirasi bagi membalas dendam kepada PAN. Ambo berpandangan, di sudut undang undang syariah, jual beli tanah ini adalah tidak sah, haram dan terbatal,” dakwanya.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *