PAS ganti GST dengan ‘cukai Islam’ jika jadi kerajaan

Sharing is caring!

PAS akan menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan dua sistem cukai berlandaskan Islam jika berjaya mentadbir negara.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, cukai yang akan menggantikan GST yang membebankan rakyat itu adalah cukai simpanan korporat dan cukai jual beli saham.

Beliau berkata, dua cukai itu hanya untuk kepada golongan kaya dan lebih menguntungkan negara, bukannya seperti GST yang dikenakan terhadap semua termasuk golongan miskin.

“Korporat yang menyimpan di bank akan dikenakan cukai 2.5 peratus. Data Bank Negara Malaysia menunjukkan RM1.6 trilion simpanan rakyat Malaysia.

“Kita andaikan satu per tiga adalah simpanan korporat. Jika dikenakan cukai 2.5 peratus setahun, negara dapat pulangan RM13 bilion,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Katanya lagi, maklumat Bursa Saham Kuala Lumpur menunjukkan transasi sebanyak RM1.8 trilion pada tahun 2016, bermakna negara akan mendapat pulangan RM45 bilion jika cukai dikenakan pada kadar 2.5 peratus.

“Cukai itu dikenakan selepas cukup setahun,” katanya lagi seperti dipetik.

Malaysiakini Ahad lalu melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan GST di negara ini tidak membebankan dan peningkatan kos barangan bukan salah kerajaan sebaliknya ia tindakan peniaga yang menaikkan harga.

Malah, beliau yang juga presiden Umno turut mengingatkan bahawa Malaysia hanya melaksanakan cukai sebanyak enam peratus berbanding di negara India yang mengenakan cukai sebanyak 28 peratus.-Mkini

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *