Mayat wanita Vietnam dekat stesen monorel

Sharing is caring!

WANITA warga Vietnam berusia 20-an ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat tiga Stesen Monorel Imbi, Kuala Lumpur, ha ri ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 1.22 petang.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah wanita warganegara Vietnam berusia 20-an terjun dari tingkat 3 stesen monorel berkenaan.

“Semakan berdasarkan pasport mangsa mendapati dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu,” katanya.

Mohd Sukri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *