Laporan Meningkat, Perintah Reman Boy Iman Dilanjut

Sharing is caring!

KONTROVERSI projek banglo mini nampaknya semakin panas apabila pihak polis menerima dua lagi laporan daripada mangsa berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties.

Ini bermakna, sehingga kini jumlah laporan telah bertambah sebanyak 203 daripada hanya 201 yang diterima mereka sebelum ini melibatkan syarikat pemaju hartanah tersebut.

Susulan itu, perintah tahanan reman pelakon, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahman kini dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan mengenai perkara berkenaan.

Menurut Harian Metro, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam, Nurhidayah Abd Mutalib telah mengeluarkan perintah tersebut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penipuan wang.

Dalam pada itu, terdapat tiga lagi pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun hingga 45 tahun yang turut direman sama.

Ketiga-tiga mereka dilihat telah tiba di pekarangan mahkamah berkenaan dengan keadaan tangan bergari sambil diiringi oleh anggota polis sekitar pukul 10.15 pagi.

Difahamkan, meraka direman selama dua hari di bawah seksyen yang sama dengan Boy Iman.

Sebelum ini, Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Kemudiannya, pelakon tersebut disambung reman pula selama dua hari pada Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *