Kronologi Maria Farida Bergaduh Dengan Bekas Madu

Sharing is caring!

Akhirnya Datin Maria Farida mampu menarik nafas lega apabila mahkamah memutuskan bahawa kemenangan saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar berpihak kepadanya.

Menderita Sejak Dua Tahun Lalu

Menerusi sumber dari Mstar Online sebelum ini, Maria mengaku agak tertekan kerana ramai pihak yang memandang serong kepadanya dek kerana pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepadanya. Akibatnya, namanya tercalar malah meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.

Kronologi Kes Maria Farida

“ALHAMDULILLAH… After 2 years of harrasement and threats, finally justice is served! Have a lovely time in Kajang Prison darlinggg..”

Pada Selasa yang lalu, Maria melalui instagramnya meluahkan rasa syukurnya atas kemenangan kes tersebut dan pada masa yang sama turut memperli bekas madunya itu. Buat pembaca Hangat.com yang tidak tahu apakah yang terjadi selama ini, kami bawakan kronologi kes Maria Farida dan Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman.

2015

Maria Farida telah dilantik menjadi duta dan jurucakap kepada KR Beauty Care milik Datuk Rahman Shakur dan Karen Rahman atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar. Ketika ini Maria dan Karen berkawan baik

Pada ramadhan 2015, Maria berhenti dari menjadi duta produk ini kerana Karen dakwa perniagaan tidak mendatangkan hasil malah Maria juga melaporkan bahawa beliau tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. Pada waktu ini, hubungan Karen dan suaminya dikatakan sudah retak.

Karen dan Datuk Rahman Shakur disahkan bercerai dan tidak lama kemudian beliau mengahwini Maria pada November 2015.

2016

Pelbagai tuduhan cuba untuk menjatuhkan Maria mula tersebar. Malah Karen turut menuduh Maria mendera anaknya. Tidak cukup dengan itu, kereta Maria turut disimbah cat, diugut disimbah asid dan paling mengejutkan beliau telah dilanggar oleh bekas madunya itu sehingga mendatangkan kecederaan.

Laporan polis mula dibuat dan siasatan mula dijalankan

2017

Setelah hampir dua tahun kes ini berpanjangan,akhirnya mahkamah memutuskan Karen Rahman bersalah dan dikehendaki membayar saman fitnah kepada Maria Farida. Malah beliau turut dikenakan hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *