Kit Siang, Guan Eng kekal dalam CEC DAP

Sharing is caring!

Pemilihan semula kali kedua Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan hari ini menyaksikan Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang, kekal dalam kepemimpinan tertinggi parti berkenaan.

Turut kekal terpilih dalam CEC DAP adalah anaknya yang juga Setiausaha Agong, Lim Guan Eng, serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP diumumkan kira-kira jam 5 petang tadi oleh wakil firma audit antarabangsa Grant Thorton.

Kit Siang memperoleh jumlah undi sebanyak 1,199 diikuti rapat oleh Gobind dengan jumlah undi 1,198 manakala Guan Eng memperoleh undi sebanyak 1,180.

Ketiga-tiga mereka memperoleh jumlah undi yang berkurangan berbanding ketika pemilihan semula pada 2013 dipercayai susulan kehadiran perwakilan yang merosot iaitu seramai 1,376 berbanding 1,725 pada 2013.

Pemilihan semula kali ini juga menyaksikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liew kembali ke dalam CEC.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendapati pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula pada 29 September 2013, tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut ROS, pemilihan semula diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, iaitu membabitkan 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan.

Guan Eng pada 9 Oktober pula mengumumkan DAP bersetuju mematuhi semua 10 syarat ditetapkan ROS seperti yang dimaklum menerusi surat kepada parti itu bertarikh 21 September lalu.

Beliau dilaporkan berkata, DAP juga melantik firma antarabangsa, Grant Thornton, bagi mengendalikan keseluruhan proses pemilihan semula itu dan ia dipersetujui ROS selain menggunakan senarai perwakilan pada 2012 iaitu 2,576 perwakilan seperti disyaratkan ROS.

Keputusan undian

1. Lim Kit Siang – 1,199 (1,436)

2. Gobind Singh Deo – 1,198 (1,409)

3. Lim Guan Eng – 1,180 (1,304)

4. Loke Siew Fook – 1,175 (ANTHONY) – (1,263)

5. Liew Chin Tong – 1,123 (1,438)

6. Teo Nie Ching – 1,080 (1,081)

7. Chong Chieng Jen – 1,057 (1,294)

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 (1,127)

9. Tan Kok Wai – 1,021 (1,088)

10. Tony Pua Kiam Wee – 1,020 (1,158)

11. Nga Kor Ming – 967 (956)

12. Fong Kui Lun – 949 (1,193)

13. Chow Kon Yeow – 900 (1,203)

14. M Kula Segaran – 826 (1,088)

15. Chong Eng – 734 (1,111)

16. Teng Chang Khim – 702 (1,164)

17. Ronnie Liu Tian Khiew – 688

18. Ngeh Koo Ham – 659 (809)

19. Zairil Khir Johari – 649 (1,132)

20. VN Sivakumar – 586

-BH Online

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *