Ketua Eksekutif Bergelar Datuk Antara Empat Individu Ditahan SPRM

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR:¬†Empat lelaki, termasuk seorang ‘Datuk’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan berjumlah kira-kira RM40 juta.

Individu yang bergelar Datuk itu merupakan ketua eksekutif di sebuah syarikat, ditahan bersama seorang setiausaha dan seorang pegawai pembantu kewangan di bawah perbadanan yang sama.

Suspek keempat yang mempunyai gelaran kehormat ‘Dr’ merupakan pengarah di syarikat lain.

Keempat-empat suspek ditahan dalam satu operasi di Kuala Lumpur antara pukul 4.30 petang dan 6 petang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk ketua eksekutif bergelar Datuk kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 58 tahun itu ditahan bersama-sama setiausaha perbadanan, 34, penolong pegawai kewangan, 32, dan seorang pengarah sebuah syarikat yang bergelar doktor, 38, di beberapa lokasi di ibu negara dalam satu operasi khas SPRM.

“Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini,”katanya.
Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 juta bagi mengendalikan program-program latihan tahun ini dan memperuntukkan sebanyak RM35 juta pada tahun lepas kepada perbadanan itu.

Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *