Jutawan berlutut merayu sedia bayar RM6.2j

Sharing is caring!

JUTAWAN Ukarine, Vasily Zaitsev, 61, dan isterinya merayu kepada keluarga mangsa serta orang ramai supaya memaafkan anak perempuannya, Alyona Zaitseva, 20, yang menyebabkan kematian lima orang selepas tidak berhenti di lampu isyarat, minggu lalu.

Enam lagi mangsa cedera parah dalam kemalangan di Kharkiv, Ukraine itu.

Pelajar jurusan sosiologi itu kini ditahan selama dua bulan untuk siasatan kemalangan dan menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Hakim menolak permohonan peguamnya supaya dibebaskan dengan ikat jamin dan kini, bapanya, jutawan tenaga dengan penuh emosi bersama isterinya, Tatiana, 40, membuat kenyataan kesediaan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa yang maut serta mereka yang cedera.

Vasily dilapor bersedia membelanjakan £1.1 juta (RM6.2 juta) sebagai ganti rugi kepada mangsa dengan harapan dapat menguranga atau mengelak hukuman penjara dikenakan terhadap anak angkatnya itu.

Perkara itu boleh berlaku di Ukraine jika keluarga mangsa menggugurkan dakwaan terhadap Alyona.

“Ia tragedi yang dahsyat meragut lima nyawa. Tiada perkataan boleh menggambarkan kesedihan terhadap mereka yang maut dan cedera.

“Kami berlutut kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera supaya memaafkan anak kami.

“Kami bersedia memberi semua bantuan kewangan diperlukan,” kata Vasiliy yang disiarkan portal berita Ukraine, Kharkiv.

Walaupun anaknya mengaku bersalah sepenuhnya dalam kemalangan itu, namun Vasily tetap menyatakan pemandu kereta Volkswagen Touareg yang melanggar kereta Lexus anaknya juga bersalah.

“Volkswagen itu merempuh kereta anak kami dengan kuat yang menyebabkan kereta anak kami tercampak dan melungsur melanggar orang ramai,” katanya.

Menurutnya, mahkamah perlu mengambil kira kemalangan itu membabitkan dua pihak dan dua kereta.

“Namun kami bersedia menerima keputusan mahkamah yang adil,” katanya.

Pemandu Touareg itu, Gennady Dronov, 49, mengaku dia bergerak sebelum lampu isyarat bertukar hijau namun menegaskan memasuki tengah persimpangan di mana kemalangan berlaku, selepas lampu bertukar hijau.

Perepelitsa yang cedera di kepala, masih dirawat di hospital. – Daily Mail

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *