Geledah 30 premis judi dalam talian

Sharing is caring!

SEBANYAK 88 komputer dan 10 mesin simulator dirampas dalam serbuan di 30 premis judi dalam talian dalam Operasi Waran Geledah (Op Waran Tangkap) di sekitar daerah Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kesemua rampasan itu membabitkan serbuan di lima premis di sekitar Seri Kembangan, Puchong dan Serdang.

‘Dalam operasi yang dijalankan sejak jam 4 petang tadi, sebanyak 30 premis dalam talian di sekitar daerah ini digeledah sebaik mendapat waran daripada mahkamah, hari ini.

“œPemeriksaan lanjut mendapati lima daripada 30 premis berkenaan mempunyai 88 komputer yang dijadikan sebagai mesin judi dalam talian dan 10 mesin simulator yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 membabitkan tiga premis di Seri Kembangan serta masing-masing satu premis di Puchong dan Serdang,”€ katanya ketika sidang media di lokasi serbuan di Jalan Perusahaan 2, Seri Kembangan, hari ini.

Megat berkata, pihaknya memohon waran geledah terhadap 30 premis berkenaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin lalu.

“Waran geledah itu dipohon bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap premis judi dalam talian yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan itu walaupun pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

“œBerdasarkan keseluruhan pemeriksaan terhadap premis berkenaan, kami mendapati sebahagian besar pusat judi dalam talian sudah tidak beroperasi memandangkan ia sudah dikosongkan,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memohon waran geledah terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian di daerah itu.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *