Fasha, Jejai Berdamai Demi Masa Depan Anak-Anak

Sharing is caring!

TEKA-TEKI tentang ura-ura bekas pasangan suami isteri Rizal Ashram Ramli dan pelakon Fasha Sandha akan berbaik semula akhirnya terjawab dengan sebuah entri yang dimuat naik oleh Fasha menerusi Instagram miliknya.

Kedua-dua Fasha dan Rizal (Jejai) telah memilih jalan untuk berdamai apabila bersetuju menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka selepas bercerai secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Fasha atau atau Nur Fasha Sandha Hassan dilaporkan menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Jejai berhubung dakwaan lelaki itu mengganggu dirinya sekitar Mac lalu.

Selain itu, Fasha turut menarik balik kes berkaitan pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang selepas mendakwa Jejai gagal melaksanakan perintah dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti mana dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Jejai pula dikatakan menarik balik kes komital berkaitan hak lawatan anak dan beberapa kenyataan berhubung hal keluarga yang dikeluarkan oleh Fasha di laman sosial.

Mereka juga dikatakan bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Semua prosedur penyelesaian itu telah direkod oleh pihak mahkamah.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan, Fasha dan Jejai memberitahu langkah ini dibuat secara baik demi kepentingan masa depan anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, Tuhan berikan petunjuk serta hidayah-Nya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak.

“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” ujar mereka kepada mStar Online.

Ketika perbicaraan, kedua-duanya dikatakan hadir secara bersama ke mahkamah dengan riak wajah yang ceria.

Fasha diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong manakala Jejai pula diwakili oleh Ahmad Badri Idris.

Namun, ini tidak bermaksud mereka berdua bakal bersatu semula, ya!

Dalam entrinya yang terbaru di Instagram, Fasha menjelaskan bahawa dia dan Jejai sama sekali bukan bakal rujuk semula, tetapi hanya berbaik demi melindungi anak-anak mereka sahaja.

Assalamualaikum, Buat followers kesayangan . Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK. Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas. . Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak. . Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co. Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal) Syukur Alhamdulillah Terima kasih. #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari tahun lalu

Hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *