Eina Azman Dapat Telefon Bimbit Sama Harga Sebuah Kereta

Sharing is caring!

Pelakon Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih popular dengan panggilan Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebuah telefon pintar jenis Vertu.

Namun, jenama telefon pintar antarabangsa itu sebenarnya bukan calang-calang kerana harga sebuah telefon pintar Vertu mencecah RM30,000!

“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni yang? So nice. Oh my god! Thank you sayang,”┬ákata Eina ketika perlahan-lahan membuka hadiah itu menerusi rakaman sebuah video.

Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.

“Sukalah kami kalau laki kita buat surprise macam ini. Tak bagi barang mahal pun tak apa, janji kejutan,” tulis @arshadanirah di ruang komen.

Bagi yang tidak tahu, harga telefon pintar jenis Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) itu berharga AS$7,900 (RM33511.80) hampir menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan.

Vertu merupakan sebuah jenama telefon pintar buatan England dan dibaluti dengan kulit burung unta.

Sebenarnya, model Aster dikeluarkan dengan rangkaian harga paling murah daripada kebiasaan jenama itu. Paling tidak pun ia mencecah harga AS$10,800 (RM45,813).

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *