Dua lagi ditahan

Sharing is caring!

DUA lelaki yang juga pekerja Syarikat Juta Kelulut Global akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman bersabit kes penipuan rumah mampu milik.

Sumber berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 45 tahun dicekup di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada jam 3 petang, semalam.

Katanya, polis sebelum itu menahan seorang wanita berusia 40-an dikenali sebagai Datin Anggun bagi membantu siasatan.

“Susulan penahanan itu, polis berjaya mencekup kedua-dua suspek lelaki di Wangsa Maju. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban esok (hari ini) bagi permohonan reman,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai terbabit satu kes penipuan di Nilai menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.

Menurutnya, suspek wanita berusia 30-an diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang lain bagi membantu siasatan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *