Dibebaskan dengan jaminan polis

Sharing is caring!

DUA pegawai syarikat Juta Kelulut Global Resources yang direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembelian rumah mampu milik di Nilai, dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 45 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman tamat hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan kes terbabit akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan pendakwaan, dalam masa terdekat.

Mahkamah Khas Reman Seremban semalam membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap kedua-dua lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mereka ditahan bersama Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan, dua pegawai syarikat Juta Kelulut Global Resources direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembelian rumah mampu milik di Nilai, pada Mei 2016.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *