Berat Uqasha Senrose Naik 13 Kg Dalam Sebulan!

Sharing is caring!

SIAPA tidak kenal dengan aktres popular, Uqasha Senrose yang sering terpalit dengan kontroversi panas lagi membara ni kan?

Nama pelakon berusia 25 tahun ini menjadi buah mulut netizen dek kerana keputusannya untuk kembali freehair selepas tiga tahun berhijab.

Perkara tersebut nampaknya masih menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Tapi, kami bukan nak cerita lagi pasal benda tu u’olls…Tapi…

Baru-baru ini, Uqasha menerima kritikan hebat terutama daripada netizen selepas viral gambar figura jelita ini tampil berpakaian ‘jolok mata’ ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 pada malam Jumaat.

Antara kritikan yang dilontarkan adalah Uqasha dikatakan semakin gemuk daripada biasa malah baju yang dipakainya disamakan dengan kain langsir rumah yang tidak siap.

Susulan itu, Uqasha atau pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen mengakui berat badannya naik secara mendadak iaitu sebanyak 13 kilogram dalam satu bulan.

Anak jati kelahiran Kelantan itu memberitahu perkara itu disebabkan oleh selera dan nafsu makan yang tinggi.

Selain itu, Uqasha turut tidak menafikan kebahagian yang dialami pada saat ini juga merupakan salah satu faktor kepada pertambahan berat badannya.

“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.

“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya memetik Astro Gempak.

Dalam pada itu, pelakon ini mengakui terkesan dengan pertikaian segelintir pihak mengenai bentuk fizikal sedangkan baginya perkara itu adalah normal bagi seorang manusia.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.

“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial,” ujarnya.

Hmmm…Mulut orang memang macam tu…Pedulikan saja lah ape yang dorang nak kata. Apa yang penting, awak tetap meletop!

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *