Bayi dijumpai dalam beg kertas di surau stesen minyak

Sharing is caring!

SERDANG: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan bayi itu pada jam 7.26 pagi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.

“Bayi itu ditemui orang awam berbungkus kain batik dan diletakkan dalam beg kertas di surau perempuan stesen minyak itu.

“Pihak kami memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *