Bapa jadikan anak tebusan, mengamuk ugut cedera anak

Sharing is caring!

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menjadikan anak perempuannya berusia dua tahun sebagai tebusan di rumahnya di Kampung Bintawa Hilir di sini, petang tadi.

Suspek berusia 33 tahun itu bertindak demikian ketika polis dan penduduk kampung cuba menenangkannya yang mengamuk menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang lelaki mengamuk pada jam 5.45 petang.

Berikutan itu, sepasukan anggota kereta peronda bersama seorang pegawai dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, tindakan suspek itu mengejutkan keluarganya yang kemudian memujuk untuk dia melepaskan mangsa tanpa mencederakannya.

“Rayuan keluarga bagaimanapun tidak diendahkan suspek yang kemudian mengunci pintu rumah bagi menghalang sesiapa untuk masuk.

“Suspek juga memberi amaran supaya kelurganya tidak menghubungi polis jika tidak mahu anak perempuannya itu dicederakan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Abang Ahmad berkata, bimbangkan keselamatan kanak-kanak itu selain tindakan suspek yang semakin agresif menyebabkan keluarga suspek menghubungi polis pada 5.45 petang.

Katanya, sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Kuching kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Beliau berkata, polis kemudiannya meminta mangsa untuk menyerah diri namun lelaki terbabit tetap berkeras selain terus mengugut untuk mencederakan anaknya.

“Melihat keadaan semakin tegang menyebabkan seorang pegawai bersama beberapa anggota memecah pintu rumah sebelum melepaskan tembakan renjatan elektrik terhadap suspek.

“Suspek yang terkena renjatan itu kemudiannya lemah sebelum anak perempuannya itu berjaya diselamatkan polis,” katanya.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirujuk ke Hospita Umum Sarawak untuk rawatan lanjut manakala suspek ditahan di Balai Polis Gita untuk siasatan.

“Polis masih menyiasat motif suspek bertindak ganas selain mengambil kira faktor sekiranya suspek dipengaruhi dadah ketika kejadian,” katanya.

Apabila pasukan itu tiba di lokasi, mereka mendapati lelaki terbabit menahan anaknya sambil meletakkan parang di leher budak itu.

“Anggota kami cuba memujuk namun lelaki itu terus mengancam akan mencederakan anaknya jika polis atau penduduk kampung cuba memasuki rumah,” katanya.

Abang Ahmad berkata, selepas usaha memujuk lelaki itu supaya melepaskan anaknya dan menyerah diri tidak diendahkan, polis terpaksa bertindak menggunakan ‘taser gun’ untuk melemahkannya.

“Lelaki itu berjaya ditahan manakala anaknya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu mengalami gangguan mental selepas bercerai dengan isterinya.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *