Bale Kembali Tunjuk Taring

Sharing is caring!

DALAM tempoh dua minggu, Gareth Bale telah menjaringkan dua jenis gol buat Real Madrid yang kedua-duanya dianggap menakjubkan.

Gol pertama ketika menentang Real Sociedad dalam La Liga menyaksikan Bale membuat hantaran selaju 35 kilometer (km) sejam ketika dia memecut hampir sejauh 70 meter (m) untuk menundukkan pemain
pertahanan dan penjaga gol lawan.

Manakala gol kedua pula yang dijaringkan ketika menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara turut dianggap sebagai tendangan yang cantik.

“Dia perlu melakukan tendangan seperti itu setiap minggu,” kata seorang pengulas bola sepak pada siaran radio Sepanyol, Cadena Sir.

ale berdepan saat sukar pada musim lalu dengan menjaringkan hanya tujuh gol dalam La Liga dan turut mengalami kecederaan. – Mail Online

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *