AS Arah Sekatan Baru Ke Atas Korea Utara

Sharing is caring!

NEW YORK – Presiden Donald Trump mengarahkan sekatan baharu terhadap Korea Utara semalam manakala pemimpin di Pyongyang bertekad untuk meneruskan program nuklear dan peluru berpandunya.

Ia turut menegaskan mempertimbangkan langkah sepatutnya terhadap tindakan AS itu.

Ketegangan meningkat apabila Pyongyang menentang tekanan antarabangsa dan retorik antara Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, juga semakin memuncak.

Trump, Selasa lalu menggelar Kim sebagai ‘lelaki roket’ yang dalam misi membunuh diri manakala Kim pula menggambarkan Trump sebagai ‘pesakit mental’ awal hari ini.

Peningkatan retorik berlaku malah ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua pemimpin mengelak daripada terjerumus dalam peperangan secara tidak sedar.

Korea Selatan, Russia dan China turut mendesak kedua-dua negara bertenang.

Kim berkata, Korea Utara mempertimbangkan ‘tahap tertinggi tindakan balas dalam sejarah’ terhadap AS sebagai reaksi kepada ancaman Trump untuk memusnahkan sepenuhnya rejim itu dalam ucapan pertamanya di PBB Selasa lalu. – Reuters

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *