Annuar: Saya tidak perlukan proksi dalam KAFA

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyangkal dakwaan beliau mahu meletak proksi beliau menjadi Presiden KAFA yang baharu.

Menurutnya, beliau akan berasa sangat gembira jika mereka yang dipilih memegang jawatan tidak lagi mencarinya dan melibatkan beliau dalam persatuan tersebut.

“Perlukah presiden lama punyai proksi? Untuk apa mahu proksi? Untuk terus habiskan wang dan berhempas pulas cari dana puluhan juta ringgit seorang diri anda perlukan proksi?

“Saya tidak perlukan proksi dalam KAFA dan KAFA tak perlu diurus secara proksi,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Annuar berkata, beliau tidak kisah siapa sahaja yang akan menjadi Presiden KAFA kerana beliau akan tetap terus berusaha membantu pasukan Kelantan sebagai anak jati negeri itu.

“Saya yakin ahli gabungan KAFA lebih arif daripada kebanyakan pengulas yang berteori tanpa perlu menggalas tanggungjawab,” katanya lagi.

Isu jawatan Presiden KAFA heboh diperkatakan peminat bola sepak tanah air terutama penyokong bola sepak Kelantan sejak Annuar melepaskan jawatan itu.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *