Aliff Syukri berang Digelar Kedekut

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR – Pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya di Instagram gara-gara dituduh kedekut oleh netizen kerana tidak menaja hadiah untuk empat lagi finalis AF Megastar, semalam.

Dalam video itu, Aliff menjelaskan walaupun D’Herbs menjadi penaja utama pertandingan nyanyian tersebut namun kuasanya terhadap program itu masih terbatas dan tidak boleh melangkaui pengurusan Astro.

“Suka-suka korang nak kutuk saya kedekut bagi hadiah kat seorang pemenang sahaja. Ingat AF tu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke?

“Ingat bila kita menaja kita boleh buat sesuka, nak naik pentas pun kena minta kebenaran. Saya ni bayar berjuta ya untuk menaja. Korang tak tahu baik diam sahaja,” itu antara petikan kapsyen yang di muat naik Aliff dalam laman Instagram peribadinya.

Dalam pada itu, usahawan berjaya berusia 30 tahun ini menjelaskan bahawa tajaannya dalam rancangan itu hanya bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran syarikatnya.

“Rancangan itu tinggi jumlah tontonannya, banyak orang tengok.

“Kalau saya tidak taja pun rancangan itu tetap berjalan ya awak-awak suka sangat nak mencari salah orang ni,” katanya.

Sementara itu, Aliff juga menegaskan beliau mengambil langkah berjimat dengan membawa bekal makanan ke tempat bekerja kerana mahu berjimat-cermat, sambil menyelar hatersnya sebagai “tidak educated (berpelajaran).”

Sabar jelah Datuk Seri, kalau tak kontroversi maksudnya program tu tak berjaya lah, kan?

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *