Abam Bocey sah bergelar suami

Sharing is caring!

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pelawak, Abam Bocey, 29, sah bergelar suami Siti Nurhidayah Mohd Ali, 25, jam 5.33 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan menyerahkan mas kahwin RM3,000, seutas rantai, wang hantaran RM13,888 serta sembilan dulang hantaran dan dibalas 11.

Turut hadir rakan dari kumpulan Bocey, Fad dan Achey yang bertindak sebagai pengapit ketika akad nikah berlangsung.

Abam meluahkan rasa lega apabila majlis pernikahannya selamat dilangsungkan.

Katanya, dia mengenali Siti Nurhidayah yang juga kerani akaun di syarikat swasta sejak 2009 sebelum menyertai Raja Lawak Musim ke-6 pada 2012.

“Selepas lapan tahun mengenali, saya menghantar rombongan merisik September lalu dan bertunang jam 10 pagi tadi sebelum acara akad nikah berlangsung.

“Resepsi sebelah perempuan diadakan esok (Sabtu) manakala sambut menantu 20 Januari tahun depan,” katanya.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *