22 lelaki dicari antara individu yang dikehendaki polis.

Sharing is caring!

POLIS Pulau Pinang meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan 22 lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan dalam pelbagai kes jenayah yang berlaku di seluruh negeri sejak Januari hingga September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mereka yang dicari itu adalah Mohd Syazwan Zainol Abidin, 26, dari Kampung Sungai Sembilang, Juru, Bukit Mertajam, Muhd Akram Yoob, 19, dan Muhd Fauzi Azhari, 18, dari Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam.

Beliau berkata, turut dikehendaki Megat Zulkifli Megat Baharin, 30, dari Taman Selasih, Kulim, Mohd Fadzli Mustafa, 29, dari Bukit Kecil, Juru, Bukit Mertajam, Mohd Ridzzuan Ibrahim, 20, dari Kampung Semilang, Juru, Bukit Mertajam, Muhammad Amir Asraf Abdullah @ Dugong, 26, Bukit Gedong, Bayan Lepas dan T Sangkar, 27, dari Bagan Lalang, Butterworth.

Katanya, selain itu Tan Poh Young @ Topoi, 27, dari Simpang Ampat, Muhammad Rahimi Azhari @ Remy, 23, Sungai Petani, G Shanmugam @ Andra, 33, Air Itam, Georgetown, Fikri Mohd Basari @ Burgas, 22, dari Bayan Lepas, Goh Kah Aik @ Baba, 24, Georgetown, dan J Suresh Kumar, 33, Bandar Perai Jaya.

“Turut dicari adalah Mohd Zulhilmi Ibrahim, 24, Alor Setar, Kedah, Muhd Idham Ahmad, 22, Taman Inderawasih, Prai, Mohd Sharul Asraf Mohd Saad @ Jambul, 19, Permatang Pauh, dan A Reennukanthan, 25, Bukit Mertajam.

“Selain itu, M Gunasegaran, 36, Bagan Ajam, Butterworth, Muhamad Syafiq Farhan Anyamuddin, 22, Kulim, T Sasitaran, 27, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Abd Rahim Eusope @ Rambo, 34, Batu Uban, Gelugor,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Turus D9 IPK Negeri Superintendan Wan Khairuddin Wan Idris di talian 017-5200074.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *